13 DISEMBER 2024 (Jumaat) – Selepas solat jumaat, Pegawai Tadbir Masjid An-Nur Temasya Glenmarie (MATG) bersama Hj Idris (Wakil Koperasi MATG) berkesempatan menziarahi dan menyantuni Ustaz Muhammad Asri atau lebih dikenali Dai’ Hijrah yang ditimpa ujian kesihatan.
Seperti yang semua tahu ,Ust Da’i Hijrah, Allah uji, hanya beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci,pembuluh darahnya pecah di sebelah kanan otaknya. Dikejarkan ke hospital & segera dibedah kepalanya untuk keluarkan darah beku, & keesokan nya dibedah lagi buat kali kedua untuk keluarkan saki baki darah yang masih tertinggal. Tempurung kepalanya juga dibuka, Beliau Koma beberapa hari selepas pembedahan.Dibahagian kepalanya tak bulat seperti biasa. Ini disebabkan sebahagian tempurung kepalanya dibuka dan disimpan dibahagian perut, untuk memastikan tempurung itu sentiasa aktif dan juga untuk mengelakkan dari darah beku kembali lagi.
Pembedahan kali-3 pihak Hospital telah menutup kembali tempurung kepala beliau. Kos operation amat tinggi, Ust Asri adalah seorang Mutawwif juga, & banyak Jamaah telah dibimbing nya. & beliau juga seorang penceramah bebas. Selama ini Ust Asri mengambil tanggungjawab menyara keperluan keluarganya. Buat masa ni Ust Asri belum mampu lagi aktif untuk bergerak mencari keperluan hidup diri & keluarganya, maka sama samalah kita doakan semoga beliau sembuh & pulih semula sambil kita usaha juga untuk meringankan beban beliau dengan sumbangan seikhlas hati kita.
Kami doakan Alfadhil Ust diberi kesihatan yang baik dan kesembuhan agar dapat meneruskan usaha dakwahnya seperti sedia kala.
***
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Hilangkanlah penyakit wahai Rab sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit”.
(HR Bukhari No: 5243)
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”
Untuk makluman juga, pihak Masjid An-Nur Temasya Glenmarie amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.
.
Infaq Majlis Ilmu | 562478174539 (Maybank)
Infaq Operasi MATG |
1211 0000 654718 (Bank Muamalat)
.
Facebook : Masjid An-Nur Temasya Glenmarie
Instagram :
Gmail : masjidtemasyaglenmarie@gmail.com
Website : www.matg.org.my
Whatsapp : 011-1192 2017







