LENSA MAJLIS KITAB TAJWID PENGAJIAN BERSIJIL

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Khatam Kitab Tajwid, Pengajian Bersijil Masjid An Nur Temasya Glenmarie buat kali pertama pada hari Khamis 12 Disember 2024. Majlis ini adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mengikuti dan menamatkan pengajian Kelas Tajwid selama setahun 5 bulan.

Pengajian ini bermula pada bulan Ogos 2023 dan tamat pada November 2024 dengan jaya dan lancar. Majlis ini telah diserikan dengan bacaan Qari Oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Fadli Bin Ahmad, dan dirasmikan oleh Pengurus Masjid An Nur Temasya Glenmarie iaitu Ustaz Abdul Wafi bin Alias.

Kelas ini merupakan program pengajian bersijil masjid yang akan memberikan nilai tambah kepada ahli Jemaah dan kariah dalam pengajian al-Quran dan Tajwid dengan menggunakan kitab tajwid Rasm Uthmani. Kelas ini dikelolakan oleh Ustaz Ahmad Fajri bin Adi Minif.

Majlis telah berlangsung dengan meriah namun sederhana dengan penyertaan semua pegawai masjid, pelajar-pelajar dan ahli keluarga masing-masing.
Insya-Allah program Kelas Tajwid ini akan diteruskan lagi untuk sesi 2025 dan semoga banyak manafaat yang terhasil daripada program ini dengan sokongan dan penglibatan daripada semua.
Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan taufiq untuk istiqomah membaca,mempelajari dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan kita…Aamiiiin.
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid An-Nur Temasya Glenmarie amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.
.
📖 Infaq Majlis Ilmu | 562478174539 (Maybank)
💵Infaq Operasi MATG |
1211 0000 654718 (Bank Muamalat)
.
📌Facebook : Masjid An-Nur Temasya Glenmarie
📌Instagram : 
📌Gmail : masjidtemasyaglenmarie@gmail.com
📌Website : www.matg.org.my
📌Whatsapp : 011-1192 2017

Scroll to Top